Kamis, 27 November 2014

Hikayat Dunia


Fana dan mawjud tukar berganti
Begitu pula tamaddun,
timbul lalu tenggelam,
berdiri kemudian rubuh,
hidup dan akhirnya mati

Berapa sudah yang pernah ada
Lalu kini entah di mana
Mungkin pula telah sirna

Kita hanya pengumpul remah-remah
Dari khazanah yang pernah ada
Kita tak lebih hanya penjaga
Dari warisan yang telah terkecai

Akan tiba masa menjelang
Tika khazanah kembali terhimpun
Juga warisan sentiasa terjaga
Niscaya tamaddun tegak berdiri



Hanafi Mohan,
Rabu 26 November 2014,
dalam Bis dari Ciputat menuju Bogor





** Tajuk Puisi diadaptasi dari tajuk Lagu "Hikayat El Deniy" yang dipopulerkan oleh Nancy Ajram

*** Sumber gambar ilustrasi: Laman Website nfvf.co.za

Reaksi:

0 ulasan:

Posting Komentar